Tuesday, 15 November 2011
Sea Games =)
Salam. Pada tarikh 16 November 2011 ni kita nak cerita pasal Sea Games. Kita minat sangat tengok sukan yang melibatkan Malaysia dengan negara luar. Kalau specific sangat pon tak minat sangat. Minat sukan yang besar-besar macam Sea Games, Komenwel. Macam-macam tuh la. Boleh dikatakan kami adik beradik minat sukan tapi minat tengok jela. Mainnye idakk. Hehe. Kami teman abah tengok sukan sebab abah takde anak lelaki, jadi kami yang perempuan nih pon turut ada minat macam abah. Kami adik beradik tak de yang ikut jejak abah yang bagus dalam sukan masa sekolah-sekolah dulu. Kita pernah main pon sampai peringkat sekolah rendah. Tuh pon just wakil rumah sukan kat sukan sekolah je. Tapi bangga jugak la sebab mak abah dapat datang tengok anaknya berlari walaupon kalah. Hihihi. Sudah sudah. Lari dari topik pulak. Bagi kita sukan sea tahun nih agak tak best sebab siaran kat tv astro yang kita tengok semuanya acara yang tak best je yang dia siarkan. Abah kata siaran dekat tempat tuan rumah yang tak amik. Agak frust jugak la. Pastu nanti dia just siarkan yang ulangan je. :( Sedih makcik. Lagi satu perkara sedih, banyak atlet kita yang tak dapat nak join Sea Games kali ni sebab nak fokus kat Olimpik 2012. Tapi bagus jugak diorang masukkan budak-budak amatur, biar diorang dapat experience. Kalau tak sampai bila nak harapkan orang lama je. :) Sasaran pingat pulak kali ni ialah 45 kot. Kita tak berapa ingat. Setakat hari ketiga je, Malaysia dah dapat 22 pingat emas. Agak membanggakan. Tapi bagi kita nak lebih dari 45 tuh. Sejak-sejak astro asek siarkan acara bola tampar je kan, kita tengok comei-comei jugak players nya. Hihi. Dahla, rasanya cukup kot sampai takat nih. Kita nih pon bukan blogger sukan yang diiktiraf. Sukan pon tak tau sangat. Yang kita bebel kat atas tadi kita cakap berdasarkan apa yang kita tau je. Huhuhu. Sok-sok kita sambung lagi ye. Salam. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment